Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim PERKIM

28 ogos 2009 (7 ramadhan) - majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di PERKIM, alor setar, KEDAH. seramai 41 orang hormonic PERKIM dirai oleh 40 station yang hadir. ramai rakan Ham dari sekitar termasuk Perlis hadir bagi memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh kelab radio amatur Kota Star.

~ sekitar majlis ~

Harmonic PERKIM yg ceria berbaju hijau...
9w2TZU & 9w2OSZ bersama Harmonic ramai-ramai...
9w2MKY (Tok Wan Ki) meluangkan masa merai Harmonic...pendedahan Amatuer Radio ~ 9w2OSZ (cikgu Oss) bersama harmonic and "budak kecik"
audio check... audio check....

banyak lagi gambar yg aku terlepas rakam disebabkan aku sampai agak lewat atas sebab2 yang aku sendiri x dapat elakkan ... oleh kerana lapor diri lewat, turn aku utk bermobile pulang pun kena duk Q yg belakang... hahaha... apakan daya... x sengaja.... sorry yer rakan2.... :-)

EyeBall QSO


31 july 09 ~ QTH: base 9W2PCS.... EyeBall Rakan-rakan Ham Perlis & Kedah... Kurang lebih 50 stesen telah hadir memberi sokongan pada majlis eyeball pada malam ini...

pegerusi majlis = baju kuning = org muda 9W2RSH

Program yang bermula pada jam 9 malam ini dimulakan dengan ucapan daripada 9W2AZE (cg. Aziz ~ semakin Hemsom) serta diikuti dengan sedikit perbincangan berhubung dengan program yang bakal dijalankan pada masa akan datang... Seterusnya jamuan makan, cabutan bertuah dan penutup...

Pak Cot (9W2PCS) ~ di base station beliau a.k.a Lokasi EyeBall

x ketahuan niiii......

Rakanku, Sahabatku.....

cabutan bertuah = aku x bertuah.... = next time InsyaALLAH... :-)

Hari Keluarga ASTRA 2009

Hari Keluarga ASTRA 2009
Program yg diadakan pada 24 -25 july 2009 ini telah berjaya diadakan di lokasi Bendang Man Resort, Sik, KEDAH... Ramai rakan2 dari seluruh semenanjung Malaysia telah hadir bagi memeriahkan program tersebut... Banyak pengisian telah dibuat sepanjang 2 hari, 1 malam berkampung disini... Tidak ketinggalan santapan Pulut dan Durian menjadi tarikan kepada semua rakan-rakan yang hadir.... Turut menjadi tarikan adalah persembahan karaoke dari rakan-rakan yang berbakat sebagai selingan diwaktu malam... Pada keesokannya, sukaneka turut diadakan. Anak-anak serta keluarga tidak ketinggalan untuk menyrtai program tersebut. Hari Keluarga ASTRA ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan penutup.


Sekitar Program

Jom makan DuR!@N!!!

Photo ~ Rakan Ham Kuala Terengganu bersama 9M2MZdari kanan ~ abg Razak (SWL), Faqrul (9W2FQL), Fhyrman (9W2FSI), Tok Wan (9W2SIK), Faizal (9W2KCG), abg Halim (9W2HLM) & Man (9W2HHA).

photo ~ Rakan Ham Kuala Terengganu sebelum konvoi pulang...